Menu Utama
Joomla Slide Menu by DART Creations

Pada tanggal 26 Mac 2012, bertempat di Dewan Al-Helmy SMKDB telah dilancarkan Program Guru Penyayang dimana program ini bertujuan agar setiap guru membudayakan kasih sayang di sekolah.Ini bermakna Guru Penyayang adalah guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa,saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

 

 

Pada 29 September 2011, SMKDB telah mengadakan Majlis Persaraan untuk Tuan Pengetua yang amat disayangi; Tuan Haji Yahaya B. Abd Wahab.

Beliau yang mula bersara pada 4 Oktober 2011 diraikan dalam majlis penuh makna dan sebagai tanda menghargai jasa beliau di sekolah ini.

Jemputan VIP, Pengetua-pengetua Sekolah berhampiran, ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, pelajar-pelajar dan staff sokongan turut hadir memberi sokongan kepada Tuan Pengetua.

" Tuai Padi Antara Masak,

Esok Jangan Layu-layuan,

Intai Kami Antara Nampak,

Esok Jangan Rindu-rinduan "

" SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT TUAN PENGETUA "

 

Sila lawati GALERI , untuk foto sepanjang peristiwa.

 

 

Diadakan pada 30 Julai 2011 Bertempat di Dewan Sekolah Menengah Doktor Burhanuddin

 Majlis dimulakan dengan perarakan kompang para VIP dan Tetamu Kehormat, Persembahan silat dan Kawad, Diikuti dengan nyanyian lagu Kebangsaan dan Negeri, Laporan Pengetua, Perasmian oleh Tetamu Jemputan, Persembahan Multimedia, Penyampaian Anugerah Pelajar, Penyampaian Anugerah Akademik dan Persembahan Pelajar.

 

Hari ini 25 . 7 . 2011 , pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan awam seperti PMR, SPM dan  STPM perlu mengambil perhatian seperti berikut: 

 

PMR - 70 HARI

SPM - 111 HARI

STPM - 115 HARI

 

SEMOGA SEMUA PELAJAR DAPAT MEMPERSIAPKAN DIRI MENGHADAPI PEPERIKSAAN YANG BAKAL MENDATANG.

SELAMAT BERJAYA.....

 

 

 

 

Pada 25 Jun 2011, SMKDB telah menganjurkan Pesta Hari Koperasi, dengan motto “ 1 untuk semua, semua untuk 1 “ . Acara dimulai pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.  Antara acara yang yang dijalankan adalah

  • Pesta Kantin – aktiviti jualan dan hiburan
  • Pameran Agensi Kerajaan GO dan bukan kerajaan NGO
  • Pameran daripada IPTS
  • Cabutan Bertuah
 

Aktiviti-aktiviti SMKDB

  • Photo Title 1
  • Photo Title 2
  • Photo Title 3
  • Photo Title 4
  • Photo Title 5
Panorama SMKDB
Pengumuman

HARAP MAKLUM

Adalah dimaklumkan bahawa laman web http://www.smkdb.edu.my sedang dalam pembinaan .... sebarang kesulitan amat dikesali